Sunday 1 March 2015

Bismillah

Dengan Nama Allah Yang Amat Pengasih lagi Pemurah

Pujian dan syukur kepada Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad yang menjadi contoh ikutan kita bersama.

Allah SWT pernah menyuruh Nabi Muhammad supaya membaca sepertimana di dalam firmanNya yang bermaksud, "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan."

Teringat buku masa Che Min kecik-kecik dulu..

BOLEH BERJALAN DI ATAS AIR

citer dia macam ni..

     Di seberang sebatang sungai ada seorang pemuda yang kerjanya mengayuh sampan. Setiap hari dia membawa penumpang yang terdiri dari Tuan Guru dengan anak-anak muridnya ke kelas pengajian di seberang sana. Pemuda itu juga sering mendengar pengajian yang diajar oleh Tuan Guru itu. Walaupun begitu, dia hanya boleh mendengar pengajian itu di bawah pokok kelas pengajian itu kerana dia sangat miskin.
     
     Suatu hari dia terlalu asyik mendengar syarahan Tuan Guru tersebut. Di antara kata-kata Tuan Guru itu ialah sesiapa yang yakinkan Allah dan membaca "Bismilah" akan dapat berjalan di atas air dengan kehendak Allah. Waktu itu juga dia segera ke sungai. Dengan membaca "Bismillah" dan yakinkan sungguh-sungguh kepada Allah, dia dapat berjalan di atas air sungai dari tebing ke seberang sana...

Bukan magic..
tetapi itulah kelebihan bila kita yakin kepada Tuhan yang menciptakan kita.